in ,

PS5 Tak Menyokong Penambahan Storan SSD Pada Hari Pertama Pelancaran

Sony telah mengesahkan bahawa penambahan storan SSD tidak akan disokong oleh PS5 pada hari pertama pelancaran konsol itu, sebaliknya ia akan dihadirkan dalam satu kemaskini pada masa akan datang.

Ketika bercakap kepada The Verge, seorang jurucakap Sony telah menyatakan perkara ini, serta tidak mendedahkan sebarang waktu bilakah kemaskini tersebut akan dikeluarkan.

Salah satu kekuatan utama PS5 adalah penggunaan SSD, membuatkan proses loading dalam apa jua game di PS5 berjalan dengan begitu pantas. Namun, kekurangannya ialah ia tidak akan hadir dengan saiz yang besar disebabkan kos SSD itu sendiri yang mahal — maka sebab itulah para pemain sudah berhajat untuk menambah sendiri storan SSD ini, yang sememangnya PS5 didatangkan bersama slot yang sudah tersedia untuk diletakkan expandable SSD.

Sekiranya kita benar-benar mengikuti rapat setiap perkongsian tentang PS5 yang dilakukan oleh Sony, tentunya kita tidak terkejut dengan berita ini kerana pada Mac lalu, arkitek hardware PS5, Mark Cerny ada menyatakan yang keupayaan penambahan storan SSD akan hadir selepas pelancaran.

Korang boleh saksikannya semula dalam video di bawah, pada minit 20:00.

PS5 akan dilancarkan pada 12 November di beberapa negara terpilih. Untuk pasaran Malaysia, Sony akan mengumumkan tarikh pelancaran dan harganya apabila mereka sudah bersedia.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Battlefield Baru Akan Dilancarkan Penghujung 2021 Dengan Skala Yang Tak Pernah Disaksikan

Belanjawan 2021 Memperuntukkan RM15 Juta Untuk Esports, Lebih Rendah Berbanding Tahun Lalu