in ,

PS5: Sony Malaysia Buka Pra-Tempah Kelompok Ketiga Tengah Malam Ini

Pra-tempah PlayStation 5 akan dibuka sekali lagi oleh Sony Malaysia selepas kali terakhir melakukannya pada awal Januari lalu.

Sony Malaysia telah mengumumkan yang kelompok ketiga pra-tempah PS5 akan dibuka bermula jam 12 tengah malam ini, 19 Februari 2021.

Berbeza dengan proses pra-tempah sebelum ini yang cacamarba, kali ini Sony Malaysia membuka pra-tempah hanya secara online. Pemain boleh membuat pra-tempah di laman rasmi Lazada Sony Malaysia.

Selain itu, pra-tempah kali ini juga akan dibuka di kedai-kedai game tempatan yang disahkan oleh Sony Malaysia.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Game Baharu Dari Pembangun A Way Out Berjudul It Takes Two - Co-Op Aksi Platformer

Josef Fares Janji Beri 1,000 Dolar Kalau Ada Yang Bosan Main It Takes Two

Trailer Pertama Mortal Kombat Paparkan Aksi Penuh Ganas, Berdarah Dan Memukau