Menu
in , ,

PS5 Rakam Suara Reaksi Pemain Pada Saat Berjaya Dapatkan Sesuatu Trophy

Mungkin ramai yang belum tahu bahawa PS5 mempunyai satu fungsi di mana ia akan merakam dan terus menyimpan video pendek semasa detik sesuatu Trophy berjaya diperoleh pemain.

Satu lagi fungsi yang baru ditemui adalah video pendek yang dirakamkan itu turut merakam suara reaksi pemain pada saat tersebut. Sekiranya pemain tidak memakai headset atau earphone, mikrofon tetap akan berfungsi kerana controller PS5, DualSense turut mempunyai mikrofon terbina.

Korang boleh saksikan dan dengarkan suara reaksi seorang pemain di Reddit yang pertama kali menemui fungsi ini:

Fungsi ini pastinya menarik kepada ramai pemain, terutamanya kepada trophy hunter apabila berjaya mendapatkan satu-satu Trpohy yang begitu sukar untuk didapati.

Menurut Push Square, tentunya fungsi merakam/menyimpan video setiap kali mendapat Trophy ini boleh ditutup kerana ia akan memenuhi storan PS5 dengan begitu cepat. Jadi, terpulang kepada pemain sendiri untuk menghidupkan atau menutup fungsi ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Leave a Reply

Exit mobile version