in , , ,

PS5 Pro, Xbox Series Baharu Akan Dilancarkan Pada 2023/2024, Menurut Syarikat TV Dari China

Versi baharu untuk PS5 dan Xbox Series dilaporkan akan dilancarkan sekitar tahun 2023 atau 2024.

Perkara ini didedahkan oleh syarikat elektronik dari China, TCL Technology dalam satu pembentangan, lapor Tom Henderson.

Dalam pembentangan tersebut, kita dapat lihat bagaimana mereka membandingkan setiap generasi konsol dari PS4/Xbox One, PS4 Pro/Xbox One S/X, PS5/Xbox Series dan akhir sekali PS5 Pro/Xbox Series baharu dengan output masing-masing.

Menurut perbandingan itu, PS5 Pro dan Xbox Series yang baharu dijangka akan dikeluarkan pada tahun 2023/2024, yang akhirnya akan membawakan sokongan resolusi native 8K dan 120hz.

Perkembangan ini tentunya meresahkan ramai, terutamanya mereka yang masih belum berpeluang untuk mendapatkan sebuah pun konsol generasi terkini itu pada hari ini, setelah lebih setahun ia dilancarkan, kerana masih belum mencukupi stok di pasaran.

Walau bagaimanapun, menurut wartawam Jeff Grubb pula, kita sepatutnya merasa aneh apabila sebuah syarikat “yang menjual televisyen” untuk bercakap tentang pelancaran konsol gaming baharu.

Grubb menambah yang PS5 akan mendapat 6nm refresh tidak lama lagi, yang mana akan menggunakan penyejukan yang lebih rendah, seterusnya akan mempertingkatkan pembuatan serta lebih menjimatkan kos. Grubb percaya yang PS5 tidak lama lagi hanya akan mengeluarkan rekaan semula dari segi hardware sahaja, dan bukanlah versi “Pro” seperti yang didakwa.

Malah, ada juga yang percaya bahawa PS5 versi seterusnya itu juga mungkin hanyalah versi “slim”.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Tarikh Pelancaran Call of Duty: Modern Warfare 2 Diumumkan, Saksikan Poster Rasmi Baharu

Roller Champions – Gameplay Sukan Menyegarkan, Tapi Isu Teknikal Merencatkan Pengalaman