in ,

PS5: Posisi Mana Lebih Baik, Menegak Atau Baring? Ini Jawab Sony

Sejak wujudnya rekaan konsol yang memberikan pilihan kepada pemain sama ada untuk meletakkannya secara menegak atau baring, posisi konsol sentiasa menjadi perdebatan para pemain. Salah satu topik yang dibincangkan ialah melalui posisi manakah yang terbaik untuk aliran udara yang bagus bagi mengelakkan konsol menjadi terlalu panas.

Menjelang pelancaran PS5, soalan yang sama telah diajukan kepada pihak Sony. Ketika bercakap kepada 4Gamer (via SirusGaming), Naib Presiden Jabatan Rekaan Mekanikal, Divisyen Rekaan Hardware Sony Interactive Entertainment, Yasuhiro Ootori menjawab:

“Ini ialah soalan lazim. Daripada pandangan pereka, tiada perbezaan dalam prestasi penyejukan antara pemasangan menegak atau baring. Saya rasa pemain fikir bahawa kecekapan pelepasan haba sepatutnya lebih tinggi dalam posisi menegak disebabkan kesan cerobong. Walau bagaimanapun, dalam sistem penyejukan dengan kipas aktif (kipas elektrik), kesan cerobong pada tahap ralat ukuran. Ia bekerja mengikut kepada spesifikasi dalam kedua-dua posisi menegak atau baring. Secara peribadi, Saya suka posisi menegak di mana logo PS di atas dan di bawah dapat dilihat dengan betul (ketawa).”

Senang cerita, letaklah posisi mana yang korang suka nanti. Sama ada menegak atau baring, prestasi penyejukan PS5 akan tetap sama.

PS5 akan dilancarkan pada 12 November di beberapa negara terpilih. Untuk pasaran Malaysia, Sony akan mengumumkan tarikh pelancaran dan harganya apabila mereka sudah bersedia.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Satu Rahsia Terbaru P.T. Terbongkar - Lisa Selama Ini Mengekori Belakang Korang

Konami Kata PT Tak Boleh Dimainkan Di PS5 – Tapi Benarkah?

Ubisoft Akan Menyokong Cross-Play, Cross-Progression Melalui Ubisoft Connect Untuk Semua Platform