in ,

PS5 Menggunakan Tenaga Elektrik Lebih Rendah Berbanding PS4 Pro

Kalau ada yang mempertikaikan korang untuk membeli PS5 dengan berkata “tak payah beli, buat naik bil elektrik je”, bolehlah counter dengan fakta ini.

Menurut analisis yang dilakukan oleh Eurogamer, PS5 menggunakan tenaga elektrik yang jauh lebih rendah daripada PS4 Pro.

PS5 dikatakan menggunakan hanya 1.5W apabila berada dalam Rest Mode dengan kesemua fungsi dalam mode itu dihidupkan, tapi mematikan sambungan Internet. Jauh berbeza dengan PS4 Pro yang menggunakan sebanyak 5W dalam mode yang sama.

Kalau ada game yang sedang dimuat-turun di background semasa dalam Rest Mode, tenaga yang digunakan PS5 meningkat sehingga 36W. Ia tetap lebih rendah berbanding PS4 Pro dalam situasi yang menggunakan sehingga 50W.

Ketika hanya berada di menu utama tanpa melakukan apa-apa, PS5 menggunakan 47W, manakala PS4 Pro pula 63W. Semasa bermain Rise of the Tomb Raider di kedua-dua konsol, PS5 menggunakan 107W, manakala PS4 Pro pula 147W.

Setakat ini, setakat yang Eurogamer cuba, ketika bermain Marvel’s Spider-Man: Miles Morales — satu-satunya game PS5 yang dicuba (bukan backward compatibility) — mencatatkan penggunaan tenaga yang paling tinggi di PS5 dengan 203W. Namun, analisis ini tidak mencuba pula game ini di PS4 Pro.

Berikut ialah jadual perbandingan penggunaan tenaga elektrik yang disediakan oleh Eurogamer:

PS5 akan dilancarkan pada 12 November di beberapa negara terpilih. Untuk pasaran Malaysia, Sony akan mengumumkan tarikh pelancaran dan harganya apabila mereka sudah bersedia.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Microsoft Dilaporkan Mula Rancang Beli Studio Game Jepun Selepas Sony Kelihatan Mengabaikan Pasaran Jepun

Tidak Seperti PS4, Tiada Web Browser Dalam Sistem PS5