Tengah malam tadi diharapkan menjadi detik di mana peminat tegar PlayStation disajikan dengan pelbagai butiran yang mereka inginkan. Namun, ramai yang kurang berpuas hati kerana pihak Sony berkongsikan lebih kepada info tentang spesifikasi teknikal untuk PS5.
Kebanyakan pemain kasual mungkin tidak berminat dengan spesifikasi teknikal ini, namun bagi yang ingin tahu, di bawah ialah butirannya:
- CPU: 8x Zen 2 Cores pada 3.5GHz
- GPU: 10.28 TFLOPs, 36 CUs pada 2.23GHz
- GPU Architecture: Custom RDNA 2
- Memory/Interface: 16GB GDDR6/256-bit
- Memory Bandwidth: 448GB/s
- Internal Storage: Custom 825GB SSD
- IO Throughput: 5.5GB/s (Raw), Typical 8-9GB/s (Compressed)
- Expandable Storage: NVMe SSD Slot
- External Storage: USB HDD Support
- Optical Drive 4K: UHD Blu-ray Drive
Terdapat beberapa perkara penting yang boleh didapati daripada livestream yang dikendalikan oleh ketua arkitek sistem PlayStation 5, Mark Cerny malam tadi. Antaranya beliau mendedahkan bahawa hanya kurang daripada 100 game akan menyokong fungsi backward compatibility di konsol itu semasa pelancaran.
“Menjalankan PS4 dan game PS4 pada frekuensi boosted telah menambah kerumitan,” kata Cerny. “Boost itu terlalu besar pada kali ini dan sesetengah kod game tak mampu menghadapinya. Mencubanya perlu dilakukan setiap game satu per satu. Keputusannya tetap terbaik. Kami baru-baru ini melihat 100 game PS4 paling popular berdasarkan jumlah waktu dimainkan dan kami menjangkakan hampir semua daripada itu akan boleh dimainkan semasa pelancaran PS5.”
Daripada apa yang diberitahu ini, kita dapati bahawa hanya 100 game PS4 yang akan dicuba untuk fungsi backward compatibility di PS5, dan daripada bilangan ini bukan semuanya nanti mampu untuk melepasi fungsi ini. Apakah senarai 100 game yang dicuba ini juga tidak didedahkan.
Apa yang membuatkan para peminat lebih kecewa apabila livestream itu juga tidak mendedahkan rekabentuk fizikal konsol, harga mahupun tarikh pelancaran.
Disebalik khabar angin yang mengatakan pelancaran PS5 akan ditunda kerana penularan COVID-19, Sony masih tidak memberikan sebarang maklum balas. Makanya, waktu pelancaran PS5 masih kekal dijadualkan pada hujung tahun ini.
Sumber: Gamespot
Comments
Loading…