in , ,

PS5: Fungsi Backwards Compatibility Dilaporkan Akan Boleh Mainkan Game PS4, PS3, PS2, PS1

Bulan Mei lalu, Sony mengesahkan bahawa fungsi backwards compatibility akan ditampilkan dalam PS5.

Walau bagaimanapun, dalam satu temuramah baru-baru ini, Sony mengatakan yang mereka sedang berusaha sebaik mungkin untuk menampilkan backwards compatibility secara sepenuhnya — bermakna, kemungkinan tidak semua game PS4 akan menyokong fungsi tersebut.

Namun, dalam satu laporan terbaru, ia mungkin boleh membuat kita kembali tersenyum sedikit. Akaun Twitter @PSErebus, satu akaun yang sering mengeluarkan laporan yang boleh dipercayai, mengacah tentang kemungkinan fungsi backwards compatibility ini bukan sahaja bakal mampu memainkan game-game PS4, malah game-game dari konsol generasi-generasi sebelumnya iaitu PS3, PS2 dan PS1.

Tidak banyak info yang didedahkan oleh @PSErebus, selain hanya menyaran kepada gamers agar jangan jual atau buang disk-disk dari konsol generasi-generasi sebelum itu serta meletakkan beberapa hashtag seperti #PlayStation5, PlayStationExperience, #PSX — menandakan kemungkin fungsi tersebut akan diperlihatkan dengan lebih lanjut dalam acara PSX akan datang?

Bagi korang yang tidak tahu, fungsi backwards compatibility ini nanti akan membenarkan para pemain memasukkan disk-disk dari konsol generasi sebelumnya ke dalam PS5 dan memainkannya tanpa sebarang masalah, dengan syarat, disk tersebut adalah original.

Apa-apa pun, seperti biasa, laporan hanyalah laporan. Jangan terlalu mengharap selagi ia belum disahkan secara rasmi oleh Sony.

PlayStation 5 akan dilancarkan pada hujung tahun 2020.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0
Saksikan Trailer Pertama Red Dead Redemption 2 Untuk PC Dalam Resolusi 4K Penuh Memukau

Saksikan Trailer Pertama Red Dead Redemption 2 Untuk PC Dalam Resolusi 4K Penuh Memukau

Franck Ribery Ketawakan Wajahnya Sendiri Dalam FIFA 20 - PES 2020 Cuba 'Tenangkan' Keadaan

Franck Ribery Ketawakan Wajahnya Sendiri Dalam FIFA 20 – PES 2020 Cuba ‘Tenangkan’ Keadaan