in ,

PS5 Disahkan Boleh Menggunakan Keyboard/Mouse, Tapi Terpulang Kepada Pembangun Game

Menjelang pelancaran kelompok pertama PS5 pada Khamis ini, Sony telah mengeluarkan senarai soalan lazim (FAQ) yang sangat banyak di PlayStation Blog.

Kebanyakan soalan-jawapan yang disediakan adalah butiran yang kebanyakan daripada kita sudah tahu. Namun, ada beberapa butiran lain yang baru sahaja didedahkan, seperti keupayaan menggunakan keyboard dan mouse.

Sony telah mengesahkan bahawa PS5 menyokong keupayaan untuk menggunakan keyboard dan mouse di peringkat sistem. Kedua-dua USB dan Bluetooth keyboard/mouse boleh digunakan.

Maknanya, korang bolehlah menggunakan keyboard untuk menaip sebarang mesej di PlayStation Network atau mesej dalam game dengan lebih mudah, berbanding menggunakan DualSense untuk menaip yang sedikit lambat.

Sony turut mengingatkan bahawa walaupun ia mempunyai sokongan di peringkat sistem PS5, penggunaan keyboard/mouse dalam setiap game bergantung kepada pembangun setiap game itu sendiri sama ada ingin menyokongnya ataupun tidak.

Pastinya butiran ini sesuatu yang tidak mengejutkan memandangkan PS4 turut menawarkan keupayaan sokongan keyboard/mouse yang serupa.

PS5 akan dilancarkan pada 12 November di beberapa negara terpilih. Untuk pasaran Malaysia, Sony akan mengumumkan tarikh pelancaran dan harganya apabila mereka sudah bersedia.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Tidak Seperti PS4, Tiada Web Browser Dalam Sistem PS5

Harga, Tarikh Pelancaran PS5 Di Malaysia Diumumkan – RM1,869, RM2,299, 11 Disember