in ,

PS5 Dilaporkan Terjual 3.4 Juta Unit Dalam 4 Minggu Pertama, Jangka 18 Juta Pada 2021

Kita mungkin boleh bercanggah pendapat sama ada ketiadaan stok PS5 kini sebenarnya berpunca daripada kekurangan produksi atau konsol itu memang betul-betul laris. Tapi apa yang pasti adalah ia telah memecahkan satu rekod baharu.

PS5 dikatakan telah terjual sebanyak 3.4 juta unit dalam masa hanya empat minggu pertama pelancaran, lapor Digitimes (via Gematsu).

Angka ini sekaligus memecahkan rekod tersendiri Sony, yang mana tiada mana-mana konsol PlayStation dalam sejarah yang pernah mencapai jualan setinggi itu dalam tempoh masa yang sama.

Laporan ini memberitahu lagi bahawa produksi dijangka bakal mencecah 16.8 hingga 18 juta unit pada 2021 dengan bantuan sokongan kapasiti tambahan dari Taiwan Semiconductor Manufacturing Company dan beberapa firma perkhidmatan lain, seterusnya akan mampu untuk meningkatkan pengeluaran konsol itu.

Sebelum ini JomGaming ada melaporkan bahawa stok baharu PS5 untuk pasaran Malaysia dijangka akan hadir sekitar hujung Januari atau awal Februari 2021.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Among Us, Cyberpunk 2077 Mendominasi Steam Pada 2020 - Game Terlaris, Paling Banyak Dimainkan

Among Us, Cyberpunk 2077 Mendominasi Steam Pada 2020 – Game Terlaris, Paling Banyak Dimainkan

Bully 2 Dikatakan Dibatalkan Pada 2017 Untuk Beri Laluan Kepada GTA 6 Dan Red Dead Redemption 2