in ,

PS5 Dilancarkan, Kini Sony Tawarkan Diskaun Bundle PS4 Bermula RM999

Walaupun PS5 telah dilancarkan, tentunya ada pemain yang baru ingin berjinak-jinak dengan PS4. Tidak pernah terlambat untuk mendapatkannya.

Terkini, Sony telah mengumumkan diskaun untuk beberapa bundle konsol PS4 dan aksesori PS4 yang sangat menarik bersempena promosi hujung tahun.

Berikut ialah promosi yang ditawarkan, bermula 14 Disember 2020 hingga 3 Januari 2021:

  • PS4 MEGA PACK (RM999) — Konsol PS4 standard (1TB HDD), God of War, Horizon Zero Dawn Complete Edition, dan The Last of Us Remastered.
  • PlayStation 4 Pro Bundle (RM1,349) — Konsol PS4 Pro (1TB HDD), God of War dan The Last of Us Remastered.
  • DUALSHOCK 4 FIFA 21 Bundle (RM299) — Controller DualShock 4 dan FIFA 21 (Digital)
  • DUALSHOCK 4 (RM179)
  • Final Fantasy VII Remake (Disk) (RM169)
  • Death Stranding (Disk) (RM119)
  • Nioh 2 (Disk) (RM119)
  • Marvel’s Spider-Man Game of the Year Edition (Disk) (RM119)
  • Beberapa game (disk) (RM55) — God of War, The Last of Us Remastered, Uncharted 4, Horizon Zero Dawn Complete Edition, Rachet & Clank

Produk-produk ini boleh dibeli di Sony Centre dan kedai-kedai game tempatan yang diiktiraf oleh Sony.

Korang boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai promosi ini di pautan ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Saksikan Trailer Pertama It Takes Two – Game Co-Op Untuk Pasangan Sedang Berkelahi

EA Kata FIFA 21 Tak Boleh Cross-Play PS4-PS5, Tapi Sebenarnya Boleh, Ini Caranya