in ,

PS5 Digital Edition Yang Lebih Ringan(?) Akan Mula Dijual Di Jepun Akhir Bulan Ini

Tanpa dihebahkan kepada umum, Sony sebenarnya telah mengeluarkan sebuah model baharu untuk PS5 Digital Edition.

Perbezaan yang terdapat dalam model ini (CFI-1100B) hanyalah dua: pertama, beratnya yang 300g lebih ringan berbanding model asal PS5 Digital Edition (CFI-1000B). Kedua, penambahan satu thumbscrew untuk penegak (vertical stand) PS5, jadi pemain tidak memerlukan pemutar skru atau duit syiling untuk memasangnya.

Lain-lain spesifikasi yang ditawarkan sememangnya tiada perubahan. Maka, timbul persoalan yang cukup misteri: Apakah yang membuatkan ia lebih ringan?

Perubahan ini ditemui oleh PS5sokuhouInfo (via The Verge) di manual rasmi PS5 dalam bahasa Jepun. Menurut akaun Twitter itu lagi, model baharu ini akan berada di pasaran Jepun sekitar akhir bulan Julai ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Netflix Sahkan Penglibatan Dalam Pembangunan Game, Fokus Mobile Dulu, Tiada Kenaikan Harga Langganan

Buang Jenama PES, Game Bola Sepak Konami Kini Hanya ‘eFootball’, Beralih Ke Model Percuma Di Semua Platform