in , , , ,

PS5 Dan Xbox Scarlett Tidak Semestinya Akan Dimainkan Dalam 4K/60FPS, Kata Pembangun Game

Dari semasa ke semasa, kita akan mendengar jangkaan daripada pelbagai pihak dalam industri gaming tentang apa yang mampu dilakukan oleh konsol generasi akan datang.

Ramai yang menjangkakan bahawa selepas adanya konsol generasi pertengahan yang dikeluarkan oleh Sony dan Microsoft, iaitu PS4 Pro dan Xbox One X, konsol generasi seterusnya harus membawakan kepada pemain dengan paparan 4K/60FPS. Namun, ada juga berpendapat yang paparan tersebut tidak semestinya ditampilkan ke dalam PS5 dan Xbox Scarlett.

Semasa temubual bersama Gamingbolt, pengasas dan CEO Forge Studios, Stefano Pinna telah ditanyakan sama ada beliau jangkakan ataupun tidak konsol generasi seterusnya akan menyokong 4K dan 60FPS. Jawapannya, “tidak semestinya.”

“Saya rasa setiap pembangun akan tetap perlu memutuskan di mana mereka mahu letakkan kuasa baru yang ada,” kata Pinna. “Kamu boleh menjauhkannya dalam resolusi dan “fluidity” yang lebih tinggi atau kamu boleh masukkan jumlah kekuatan visual yang banyak di skrin dan renderkannya dalam resolusi yang lebih rendah atau “fluid” yang lebih rendah… katakanlah game dalam generasi masakini, mempunyai visual secantik game Naughty Dog, mungkin akan boleh dimainkan dalam 4K/60FPS dengan teknologi hebat baru yang ditambah… jika kamu mahukan lebih kekuatan visual daripada itu, kita akan kehilangan sama ada FPS atau resolusi.”

Senang kata, apa yang cuba disampaikan oleh beliau ialah untuk mendapatkan visual yang lebih baik, pembangun game masih perlu mengorbankan sama ada resolusi ataupun frame rate.

Walau bagaimanapun, itu hanyalah andaian daripada beliau. Kita masih belum mengetahui lagi secara rasmi apakah yang bakal disajikan oleh Sony dan Microsoft untuk konsol generasi mereka akan datang. Sama-samalah kita nantikan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Musim 2017/2018 Adalah Tahun Cukup Cemerlang Untuk Pro Evolution Soccer (PES) Di Malaysia

National Cyber Games Kembali Untuk Musim Ke-2 Di Universiti Teknologi Petronas, DotA 2 Tawarkan Hadiah Terkumpul RM7,000