in ,

PS5 Boleh Pin Laman Web Di Skrin Sebelah Ketika Bermain Game

Sony telahpun mengesahkan sebelum ini bahawa PS5 tidak akan mempunyai aplikasi khas web browser seperti yang ada dalam PS4.

Walau bagaimanapun, sebenarnya ada cara untuk membuka apa-apa laman web walaupun tiada aplikasi khas web browser yang tersedia dalam PS5.

Caranya ialah dengan menghantar apa-apa pautan laman web dari PlayStation App di telefon pintar melalui Message kepada mana-mana rakan PSN. Kemudian, buka Message yang dihantar itu di PS5, klik pautan tersebut dan web browser akan terbuka dengan memaparkan pautan laman web itu.

Apabila sudah terbuka web browser ini, maka kita bolehlah buka mana-mana laman web lain dengan menaip pautan di bahagian atas web browser seperti biasa.

Dari ini, pemain boleh pin laman web tersebut untuk diletakkan di skrin, bersebelahan dengan paparan game yang sedang kita mainkan. Pemain hanya perlu tekan butang Options di DualSense dan pilih ‘Pin to side’. Boleh pilih sama ada ingin pin di sebelah kiri atau kanan skrin.

Korang boleh saksikan contoh di bawah, yang diperlihatkan oleh Push Square.

Menurut Push Square lagi, fungsi pin ini juga boleh digunakan untuk membuka video-video di Youtube. Oleh itu, bolehlah tengok walkthrough sambil main game, atau juga boleh sambil-sambil dengan podcast.

PS5 akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada 11 Disember ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Red Dead Online Akan Dilancarkan Secara Berasingan Bermula 1 Disember

PS5 Rakam Suara Reaksi Pemain Pada Saat Berjaya Dapatkan Sesuatu Trophy