in , ,

PS5 Akan Muat-Naik Secara Automatik Screenshot, Klip Video Ke Telefon Melalui PlayStation App

Sony kini sedang mencuba satu ciri baharu untuk PlayStation 5, yang mana buat masa ini hanya dibuka kepada para pemain di Kanada dan Jepun.

Ciri tersebut ialah, apabila dihidupkan, segala screenshot dan klip video yang diambil di PS5, akan dimuat-naik secara automatik ke telefon pintar para pemain melalui PlayStation App.

Walau bagaimanapun, untuk klip video, ada syaratnya. Klip video yang dirakam di konsol itu hanya akan dimuat-naik secara automatik ke PlayStation App sekiranya video tersebut berdurasi kurang tiga minit, dan resolusi maksimum hanyalah 1920×1080.

Kesemua screenshot dan klip video yang berjaya dimuat-naik ke PlayStation App itu akan tersimpan dalam aplikasi itu selama 14 hari. Dalam aplikasi itu, para pemain boleh lihat/tonton semula, dan kemudian boleh juga kongsikannya ke platform-platform lain, misalnya Twitter dan Youtube.

Buat masa ini, menurut GamesRadar, ciri ini tidak memerlukan langganan PlayStation Plus.

Tiada tarikh diumumkan lagi untuk ciri ini dilancarkan ke negara-negara lain.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Fortnite Lancarkan Mode Dan Map Baru - Tiada Senjata, Hanya Lepak-Lepak Bersama Rakan-Rakan

Filem Fortnite Dilaporkan Sedang Dipertimbang Oleh Epic Games

UFL Umumkan Roberto Firmino Sebagai Duta, Saksikan Model 3D Wajahnya