Menu
in , , ,

PS5 Akan Dilancarkan Pada Akhir Tahun 2019, Tapi Dengan Satu Syarat Ini, Kata Penganalisis Jepun

Setahun lagi sebelum konsol generasi seterusnya?

November ini, umur PS4 bakal mencecah kepada 5 tahun. Pastinya, cakap-cakap bilakah konsol generasi seterusnya, iaitu PS5 akan dilancarkan sudah semakin hangat diperkatatakan.

Terbaru, penganalisis Hideki Yasuda dari Ace Economic Research Institute, firma kajian dari Jepun, telah menyatakan yang mereka di Ace pada waktu ini percaya yang PS5 akan keluar pada penghujung tahun 2019.

Walau bagaimanapun, pelancaran pada waktu itu hanya akan dapat dilaksanakan dengan satu syarat: syarikat Sony dapat dibekalkan dengan kapasitor seramik monolitik (monolithic ceramic capacitors) bagi mengilangkan konsol yang cukup agar dapat diedarkan kepada penjual seluruh dunia.

Menurut laporan itu lagi, kapasitor seramik monolitik adalah dalam keadaan yang tidak mencukupi pada waktu ini kerana ia merupakan alatan yang meluas digunakan dalam industri teknologi kini, antaranya ia mula digunakan untuk kereta dan telefon pintar yang menggunakan perkhidmatan 5G. Apatah lagi, sekiranya Sony ingin melancarkannya pada akhir 2019, ia pastinya memerlukan jumlah yang banyak untuk membekalkannya secara serentak ke seluruh dunia.

Maka, sekiranya kerisauan alatan yang tidak mencukupi ini menjadi kenyataan, Yasuda menyatakan yang kemungkinan pelancaran PS5 akan ditangguh ke waktu yang lebih terkemudian daripada akhir 2019.

Sebelum ini, terdapat juga laporan lain yang mengatakan PS5 akan dilancarkan pada tahun 2019, dan ia dikhabarkan bakal tampil dengan fungsi backward compatibility untuk PS4 Pro.

Sumber: Ace (via DualShockers)

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Leave a Reply

Exit mobile version