in

PS4: Tidak Perlu PS Plus Untuk Multiplayer Pada Hujung Minggu Ini!

Siapa suka benda percuma sila angkat tangan!

PSPlus

Dalam blog post Playstation, mereka telah mengumumkan bahawa pada hujung minggu ini, para pemain akan diberikan akses percuma kepada Multiplayer dalam mana-mana game – tidak perlu melanggani Playstation Plus.

Jadi, sesiapa yang tidak melanggan PS Plus ataupun tarikh luputnya sudah tiba, bergembiralah korang pada hujung minggu ini. Di bawah adalah waktu ia akan bermula dan berakhir mengikut waktu Malaysia:

  • Bermula: Jumaat, 19 Februari, 4:01 petang.
  • Berakhir: Isnin, 22 Februari, 3:59 petang.

Jadi, game apa yang korang akan layan pada hujung minggu ini? Adakah Street Fighter V? Atau The Division Open Beta? Kongsikan dengan kami.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Doom: id Software Jangkakan 13 Jam Untuk Single Player

AGES 2016: Temasya Sukan Elektronik Asia Tenggara Terbesar Rantau Ini!