in ,

PS4 Standard 500GB Dah Tak Muat Nak Mainkan Call of Duty Warzone, Cold War, Modern Warfare

Beberapa hari lalu, Activision telah melancarkan kemaskini terbaharu untuk dua game Call of Duty terkini mereka, Modern Warfare/Warzone dan Black Ops Cold War.

Dalam nota patch yang dikeluarkan, mereka berkongsikan apakah kandungan-kandungan yang akan dibawa, serta berapakah saiz muat-turun untuk kemaskini ini. Korang boleh bacanya di sini.

Selain itu, Activision turut memberikan peringatan kepada para pemain PS4 standard yang hanya memiliki storan 500GB. Mereka mengatakan yang sekiranya pemain install kedua-dua game Modern Warfare/Warzone dan Black Ops Cold War berserta semua mode dan pek, storan 500GB tidak akan cukup.

Activision mencadangkan untuk kita memilih mana mode yang kita selalu main dan buang mana-mana kandungan, mode atau pek yang pemain tidak main. Berikut ialah bagaimana korang boleh lihat dan buang mana-mana kandungan yang tidak diingini.

Modern Warfare/Warzone: Di menu utama, tekan butang Options, klik tab General, pergi ke Game Installs. Di situ korang boleh buang mana-mana kandungan yang tidak dimain.

Black Ops Cold War: Di menu utama, tekan butang R3, pergi ke File Management. Di situ boleh terus buang mana-mana kandungan yang tidak diingini.

Activision turut mengingatkan yang kedua-dua game ini adalah berbeza. Bermakna, sekiranya hanya mahu mainkan Black Ops Cold War, tidak perlu install Modern Warfare/Warzone sama sekali, dan sebaliknya.

Jadi, kepada pemain tegar game-game terkini Call of Duty di PS4 standard, selamat memilih dan membuang kandungan-kandungan yang tidak diingini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kena: Bridge of Spirits Akan Dilancarkan Pada Ogos, Hanya Berharga RM169

Sekuel God of War Mula Diacah Secara Rasmi, Bakal Hadir Pada 2021

Pengarah Janji God of War Ragnarok Akan Dilancarkan ‘Bila Dah Siap’