PS4 sudah sampai masanya?
Semalam merupakan hari hubungan pelabur (investor relations – IR) Sony. Bercakap dalam pertemuan itu, Presiden dan CEO Sony Interactive Entertainment, John Tsuyoshi Kodera telah berkongsi beberapa kenyataan perancangan perniagaan syarikat itu buat masa sekarang.
Perkara yang menjadi perhatian dalam kenyataan ini adalah beliau mengesahkan bahawa PlayStation kini akhirnya telah memasuki fasa terakhir untuk kitaran hidup konsolnya, menurut laporan Siliconera.
Secara tak langsung, kenyataan ini mengesahkan yang PS4 sudah sampai kepada penghujungnya dan mereka sedang bersiap-siap untuk membawakan PS5, atau apa sahaja nama yang digunakan untuk generasi konsol akan datang, kepada para gamers.
Antara lain yang dinyatakan adalah mereka sedar tentang masalah perkembangan PlayStation VR, PlayStation Vue, dan syarikat mobile mereka, ForwardWorks. PS VR dikatakan terus terjual, namun ia berada di bawah jangkaan pasaran, dan Sony akan melihat perkembangan ini dengan lebih realistik.
Selain itu, strategi perniagaan menjangkaui 2018, mereka akan meletakkan lebih banyak usaha dalam pembangunan dan penambahan game-game eksklusif.
Comments
Loading…