Bagaimana Nak Gunakan External HDD Bagi PlayStation 4? Ini Caranya!

Tahun 2018 telah menjadi titik tolak kepada keterbukaan hati Sony untuk membenarkan fungsi cross-play dengan pesaing konsol lain. Fortnite telah menjadi watak penting dalam memecahkan tembok ini.

Setelah Fortnite, antara game lain yang telah membawakan fungsi cross-play ini untuk PS4 ialah Rocket League, Dauntless, Paladins, Smite, Realm Royale dan yang terbaru, PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) yang secara rasminya telah melancarkan fungsi ini semalam.

Terkini, bercakap kepada WIRED, Sony telah mengesahkan bahawa fasa beta untuk fungsi cross-play di PS4 telahpun tamat. Bermakna, mana-mana pembangun boleh menyertakan fungsi ini ke dalam game masing-masing sekiranya mereka mahu — membenarkan pemain PS4 bermain dengan para pemain dari mana-mana platform termasuklah PC, Xbox One, Switch mahupun iOS dan Android.

Maka, selamat maju jaya kepada kesemua pembangun yang sudah sekian lama ingin menampilkan fungsi ini, dan bergembiralah semua gamers kerana kita kini boleh bermain bersama dengan mana-mana rakan dari mana-mana platform.

1 komen

JomKomen!