in ,

PS4 Kini Adalah Konsol Paling Menguntungkan Dalam Sejarah – Kalahkan Wii Dan PS2

PlayStation 4 kini dilaporkan merupakan konsol yang paling menguntungkan dalam sejarah panjang kewujudan gaming, menurut penganalisis ArmGunar di Resetera (via GamesRadar).

Sekiranya perkiraan beliau ini tepat, keuntungan PS4 ini sekaligus membelakangkan segala keuntungan konsol yang pernah dilancarkan sebelum ini, termasuklah Wii dan PS2.

Perkiraan ArmGunar ini berdasarkan laporan kewangan terbaharu yang dikeluarkan oleh Sony, yang mana PS4 telah mengumpulkan ¥1230 billion (sekitar RM46 billion) keuntungan dari pelancarannya pada suku ketiga tahun fiskal 2013/2014 sehingga suku kedua 2020/2021 yang berakhir pada bulan September lalu.

Sebagai perbandingan, keuntungan PS4 ini berjumlah tiga kali ganda daripada keutungan PS1, dan empat kali ganda daripada keutungan PS2. Malah, keuntungan PS4 turut berada di kedudukan atas daripada keluaran Nintendo seperti DS (¥1150 billion) dan Wii (¥1100 billion).

Keuntungan PS4 dijangka akan terus meningkat dalam tahun-tahun mendatang kerana Sony akan terus menyokong konsol ini walaupun PS5 akan dilancarkan kira-kira dua minggu lagi. Malah, bos PlayStation menyatakan yang PS4 akan tetap penting dalam empat tahun lagi.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Dari Terengganu Ke Selangor Cyber Games 2018, 2 Pemain PES Terengganu Cemerlang, Bawa Pulang RM6,000

Kerajaan Selangor Memperuntukkan RM3 Juta Untuk Esports Dalam Belanjawan 2021

Ubisoft Mula Mengacah Far Cry 6, Dibintangi Giancarlo Esposito

Ubisoft Tunda Pelancaran Far Cry 6 Dan Rainbow Six Quarantine Ke Tarikh Yang Belum Diumumkan