Facebook merupakan antara platform paling popular untuk para pemain berkongsikan video, screenshots dan Trophy kepada rakan-rakan, terus dari PS4.

Sekiranya korang menggunakan fungsi ini dengan kerap, korang pasti perasan bahawa sejak belakangan ini fungsi ini seperti sentiasa timbul isu atau error yang menyukarkan untuk pemain log masuk Facebook dari PS4. Ini sekaligus merencatkan aktiviti perkongsian dari PS4 ke platform media sosial tersebut.

Seorang pengguna Reddit, LegendaryKillerB, telah bertanyakan hal ini kepada akaun Facebook PlayStation Asia, dan ia agak mengejutkan apabila mereka mendedahkan yang sokongan Facebook di PS4 bakal ditamatkan tidak lama lagi.

Kata PlayStation Asia:

“Untuk pengetahuan anda, PlayStation Network tidak lagi menyokong fungsi sambungan kepada Facebook dari 2019-10-7, sila teruskan bersama dengan notifikasi kami di PS4 anda, kami akan umumkan berita ini tidak lama lagi.”

Nampaknya, fungsi ini akan ditamatkan pada hari esok, 7 Oktober 2019. Dan sekiranya laporan ini sahih, Sony mungkin akan mengumumkannya pada hari ini. Sama-sama kita nantikan.

Terima kasih, PlaystationEnthusiast.

1 komen

JomKomen!