Sony Interactive Entertainment (SIE) telah mengumumkan satu rekod yang cukup mengagumkan.
Sehingga 31 Januari 2020, lebih daripada 1 billion unit game PS4 telah terjual. Angka ini menggabungkan kedua-dua jualan game fizikal (disk) dan juga game digital yang dibeli melalui PlayStation Store, sejak pelancaran konsol itu pada akhir tahun 2013.
Secara tepatnya, sebanyak 1.181 billion unit game PS4 terjual. Kira-kira 274 juta unit game PS4 terjual sepanjang tahun 2019 sahaja.
Sebagai perbandingan, daripada data yang ada di laman rasmi SIE, jualan game daripada konsol-konsol Sony sebelum ini ialah seperti berikut (sehingga 31 Mac 2019):
- PS1 – 962.0 juta
- PS2 – 1.537 billion
- PSP – 331 juta
- PS3 – 999.4 juta
Nampaknya jualan game PS4 masih lagi belum mampu untuk memotong jualan game yang pernah dicatatkan oleh jualan game PS2.
Dengan pelancaran PS5 pada hujung tahun ini, mampukah rekod PS2 ini dipecahkan oleh PS4? Hanya masa yang mampu menentukan.
Terima kasih, Polygon.
Comments
Loading…