in , ,

PS4 Berjaya Terjual Hampir Sebanyak 6 Juta Unit Dalam Jangka Masa Sebulan

Ramai juga orang hadiahkan PS4 semasa musim cuti tahun lepas.

Menurut satu kenyataan akhbar dikeluarkan oleh Sony sempena Consumer Electronic Show (CES) 2018, pencapaian jualan PS4 memberangsangkan ini dicatatkan semasa musim cuti akhir tahun.

Pencapaian itu diperincikan dengan konsol PS4 terjual sebanyak 5.9 juta semasa musim cuti pada tahun 2017. Ini menjadikan jumlah terkumpul bagi konsol PS4 terjual sepanjang tahun 2017 (sehingga 31 Disember 2017) adalah lebih kurang 73.6 juta unit di seluruh dunia.

Tambahan lagi, lebih daripada 55.9 juta game PS4 berjaya terjual dalam kedua-dua bentuk fizikal dan juga bentuk muat turun digital melalui PlayStation Store ketika musim cuti tahun 2017. Jumlah itu menyumbang kepada keseluruhan 645.0 juta game PS4 terjual sehingga ke 31 Disember 2017.

Lebih-lebih lagi, PlayStation Network melihat peningkatan seramai 31.5 juta pelanggan aktif PlayStation Plus di seluruh dunia berbanding 26.4 juta pelanggan aktif PlayStation Store sebelum ini. Selain itu, PlayStation Store juga mencapai kejayaan penjualan game paling tinggi semasa bulan Disember 2017.

Presiden dan CEO Sony Interactive Entertainment (SIE) John Kodera merakamkan ucapan terima kasih kepada sokongan berterusan diberikan oleh pemain di seluruh dunia.

“Saya mahu memberikan setinggi-tinggi penghargaan kepada komuniti dan rakan kongsi kami yang membantu kami untuk merealisasikan pencapaian hebat ini. Kami berjanji untuk memberikan lagi pengalaman gaming terbaik untuk peminat kami termasuk game ekslusif dan servis rangkaian lebih inovatif untuk jadikan PS4 sebagai satu pilihan gaming terbaik untuk anda,” kata Kodera.

Dengan angka PS4 terjual sebanyak 73.6 juta unit, bolehkah Sony mencapai sasaran penjualan PS4 sehingga 100 juta? Sony tampak yakin akan tercapai dengan pelancaran Marvel’s Spider-Man tahun ini.

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sea Of Thieves Akan Bawakan Sesi Closed Beta Pada Bulan Ini

Fernando Alonso Tubuhkan Pasukan Esport Racing Beliau, Pemilihan Bermula Dalam GT Sport Secara Online