in , ,

PS4 Bakal Menyokong External HDD, Custom Wallpapers Dan Banyak Lagi Dalam Update 4.50

Berita baik buat penggemar game-game digital!

Dalam blog post terbaru PlayStation, mereka telah mendedahkan apakah yang bakal ditampilkan dalam Software Update 4.50. Fungsi-fungsi terbaru ini telah mula dicuba oleh sebahagian pemain yang mendapat akses kepada versi beta. Mereka masih belum umumkan bilakah kemaskini ini akan ditampilkan untuk semua pemain.

Sokongan External HDD

Sekiranya anda tidak mahir dalam menukarkan Intenal HDD bersaiz lebih besar yang terdapat dalam PS4, nampaknya akan datang anda akan lebih mudah untuk menambah storan PS4. Akhirnya PS4 akan mendapat sokongan External HDD, yang mana anda hanya perlu plug USD 3.0 HDD ke PS4, dan anda akan terus dihidangkan dengan storan tambahan ke konsol anda.

Fungsi ini akan menyokong saiz HDD sehingga 8TB. Harus diingat bahawa External HDD ini hanya akan menyimpan fail-fail game dan applikasi, manakala save files untuk kesemua game anda masih lagi disimpan dalam sistem PS4.

Custom Wallpapers

Fungsi ini juga adalah fungsi yang sangat dinanti-nantikan oleh para pemilik PS4. Anda bakal dibenarkan untuk menggunakan screenshot-screenshot yang telah anda ambil daripada game-game yang anda mainkan dan letakkannya sebagai wallpaper di menu utama PS4.

Lebih menarik anda boleh melaraskan keterangan/kemalapan ikon-ikon yang terdapat di menu tersebut agar ia masih kelihatan di sebalik ton warna screenshot berbeza yang digunakan sebagai wallpaper itu. Walau bagaimanapun, mereka tidak dedahkan sama ada pemain boleh memuatnaik gambar daripada luar PS4 untuk digunakan sebagai wallpaper. Dan kami jangkakan ia tidak membenarkan keupayaan itu.

Quick Menu Baru

Quick Menu akan dikemaskini untuk pengalaman yang lebih menyenangkan. Saiz ia menutupi skrin gameplay akan dikurangkan, ditambah dengan beberapa fungsi yang akan membantu pemain menggunakan Quick Menu ini dengan lebih selesa.

Senarai Notification Yang Lebih Kemas

PS4 anda akan dikemaskini dengan senarai Notification yang lebih kemas. Tiada lagi tab di sebelah kiri yang terlalu banyak, dan anda boleh melihat dan menguruskan Notification anda dengan lebih mudah.

3D Blu-rays melalui PlayStation VR

Sekiranya memiliki PlayStation VR, kemaskini terbaru ini membolehkan anda menonton filem-filem 3D melalui peranti ini.


Anda boleh baca mengenai Software Update 4.50 ini di sini. Mereka turut menyatakan pelbagai fungsi akan ditambah dalam kemaskini ini serta tarikh ia akan dilancarkan akan diumumkan beberapa minggu lagi.

[KEMASKINI]: System Software 4.50 ini telah dilancarkan dan anda boleh memuat-turunnya sekarang. Banyak lagi fungsi yang terdapat dalam kemaskini terbaru ini seperti penambahbaikan untuk gambar 2D dalam PS VR, voice chat untuk Remote Play dan banyak lagi. Anda boleh bacanya di sini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

Dead or Alive Xtreme 3 Terus Buat Hidung Berdarah Di Hari Valentine Nanti!

Sniper Elite 4 Akan Menggunakan Kebolehan DirectX 12 Dan PS4 Pro Sepenuhnya