in ,

PS4 Akan Terus Penting Dalam Tempoh 4 Tahun Lagi, Kata Bos PlayStation

Sony sebelum ini pernah menyatakan yang mereka akan terus menyokong komuniti PS4 walaupun selepas PS5 dilancarkan kelak. Terkini, CEO PlayStation, Jim Ryan sekali lagi telah mengingatkan perkara ini.

Dalam temuramah bersama The Washington Post, Ryan berkata, “Komuniti PS4 akan terus menjadi amat penting kepada kami untuk tiga hingga empat tahun lagi.”

“Ramai yang akan berpindah ke PS5, harap kami akan lakukan tugas kami dengan baik, tapi puluhan juta masih lagi akan bermain PS4.”

PS4 sememangnya bakal menjadi platform yang sangat mustahak untuk membantu pelancaran PS5. Melalui fungsi backward compatibility, 99 peratus game PS4 akan boleh dimainkan di PS5. Malah, Sony kelihatan belum cukup berani untuk melancarkan game-game pihak pertama mereka yang hanya eksklusif untuk PS5 kerana Horizon Forbidden West dan Spider-Man: Miles Morales akan tetap dilancarkan ke PS4.

PS4 yang dilancarkan pada November 2013 akan masih lagi kekal relevan sehingga sekurang-kurangnya empat tahun lagi, walaupun pada 19 November ini, PS5 akan dilancarkan ke pasaran Malaysia.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0
Auto Draft

Sony Mohon Maaf Selepas Proses Pra-Tempah PS5 Yang Cacamarba

Pemberian Percuma Football Manager 2020 Di Epic Games Store Pecahkan Rekod: 1 Juta Pemain Baru

Pemberian Percuma Football Manager 2020 Di Epic Games Store Pecahkan Rekod: 1 Juta Pemain Baru