in ,

Prototaip PlayStation 4K Dilaporkan Sudah Siap Dibangunkan Makmal R&D Sony

Nampaknya, pembangunan PlayStation 4K bukan lagi hanya cakap-cakap kosong, mengikut laporan.

playstation-4

Tempoh hari, kami ada melaporkan bahawa Kotaku mengatakan Sony sedang membangunkan PS4.5, atau PS4K, atau apa saja yang akan dinamakannya kelak. Ia dilaporkan bakal menambah baik kuasa grafik dan keupayaan untuk memainkan game dalam resolusi 4K.

Terkini, Digital Foundry pula telah melakukan siasatan secara sendiri dan mengesahkan bahawa pembangunan console terbaru itu adalah benar, dan makmal R&D Sony sudah mempunyai prototaip-nya. Lebih menarik, mereka mempunyai beberapa sumber yang kukuh mengatakan nama yang bakal digunakan adalah PlayStation 4K.

Namun, apa yang membuatkan ia sangat, sangat pelik – di sebalik namanya yang “4K” dan kuasa GPU yang jauh lebih baik dari PS4 kini, ia dikatakan masih lagi tidak mampu untuk mengeluarkan output native 4K. Mereka berkata, secara realistik, ia seperti sesuatu yang mustahil untuk menyaingi grafik top-end PC dalam sebuah hardware yang bersaiz console.

jpg

Unit terbaru ini dikatakan akan memiliki GPU yang lebih baik, menggunakan versi AMD yang ditambah baik, yang mana ia telah dijumpai dalam model PS4 kini.

Digital Foundry telah bercerita panjang lebar mengenai 3 kemungkinan yang bakal kita lihat dari unit terbaru PlayStation ini, di mana setiap kemungkinan itu memiliki kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Anda boleh baca laporan penuh mereka itu di sini.

JomBaca: “Senang Aje Nak Cross-Platform Dengan Xbox” – Sony

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Counter-Strike: Global Offensive Major Championship 2016

Street Fighter 5: Update Bulan Mac dan Alex Hampir Tiba!