in

Projek Sirius Disasarkan Kepada Peminat Siri Netflix The Witcher, Bukan Pemain Hardcore RPG

Projek Sirius, sebuah game The Witcher yang berada dalam pembangunan oleh studio The Molasses Flood mensasarkan kepada demografik yang lebih luas dan bukan kepada peminat hardcore RPG.

The Molasses Flood dahulu merupakan studio indie yang terkenal dengan game survival seperti The Flame in the Flood dan Drake Hollow. Kenyataan rasmi Projek Sirius mengatakan bahawa ia akan menawarkan gameplay multiplayer yang didatangkan sekali dengan mode single-player.

Naib presiden kanan, Michał Nowakowski berkata Project Sirius ialah bukan mobile game. Projek itu akan disasarkan kepada demografik audiens yang lebih luas daripada peminat yang pernah bermain siri The Witcher. Ini termasuklah audiens yang menonton siri Netflix The Witcher yang mahu dicapai oleh pihak mereka.

Beliau juga berkata Project Sirius berlawanan dengan Project Polaris. Polaris lebih ke arah sambungan kepada siri game The Witcher. Sirius lebih luas demografiknya kepada audiens yang bukan pemain hardcore RPG.

Masih keliru dengan begitu banyak game The Witcher (dan Cyberpunk) yang baru sahaja diumumkan CD Projekt Red? Korang boleh layan video di bawah untuk lebih memahami.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Saksikan Trailer Sinematik PUBG MOBILE X BOBOIBOY

Ini 7 Minit Video Gameplay Wild Hearts