Apakah ciptaan dalam Minecraft yang paling mengagumkan pernah korang saksikan? Atau idea ciptaan paling hebat yang pernah korang terfikir? Semua itu mungkin tidak cukup menakjubkan seperti ciptaan terbaharu ini.
Seorang pemain, iaitu PippenFTS, sedang mencipta Bumi dalam Minecraft dengan saiz sebenar planet yang kita diami ini, iaitu skala 1:1 — salah satu projek terbesar yang pernah dibangunkan oleh mana-mana pemain Minecraft sebelum ini.
Pasti ramai tertanya bagaimana keluasan Bumi yang begitu besar itu boleh dibikin ke dalam sebuah game. Untuk game asal Minecraft, semestinya pemain tidak mampu melakukannya kerana beberapa kekangan yang ada dalam game. Untuk projek ini, dua jenis mod telah digunakan, iaitu Terra 1-to-1 dan Cubic Chunks.
Cara yang digunakan ialah kedua-dua mod ini akan menarik data daripada Google Maps, seterusnya membenarkan permukaan Bumi diterjemahkan ke dalam game, serta membuang segala kekangan dalam game asal seperti ketinggian maksimum yang boleh dicapai, bagi mencipta Bumi yang benar-benar saiz sebenar.
Cita-cita PippenFTS tidak terhenti setakat mencipta geografi semulajadi Bumi sahaja. Langkah beliau seterusnya adalah untuk turut mencipta semula segala bangunan yang pada ketika ini berdiri di atas muka Bumi. Semestinya, setiap bangunan tidak mampu dilakukannya secara bersendiri, maka PippenFTS telah membuka sebuah komuniti — digelar ‘Build the Earth’ — untuk menjemput pemain-pemain lain turut mencipta struktur-struktur ciptaan manusia ini.
Untuk mengetahui perkembangan terkini projek ini, korang boleh ikuti di setiap platform yang PippenFTS telah sediakan seperti di bawah:
Mungkin korang juga boleh turut menyumbang membina bangunan-bangunan yang ada di Malaysia! Tak sabar kami untuk saksikan apakah hasil akhirnya nanti!
Terima kasih, GameRant.
Comments
Loading…