Adakah Google akan menghasilkan konsol video gaming mereka sendiri?

Google sedang membangunkan sebuah platform yang membolehkan korang bermain game terus dari server cloud mereka tanpa memerlukan korang download atau beli video game! Ini dah macam layan movie dari Netflix!

Menurut satu laporan dari The Information, platform ini nanti akan dibangunkan mengikuti sistem langganan seperti Netflix dan Xbox Game Pass – di mana korang hanya perlu membayar dan melanggan untuk bermain game terus daripada server mereka secara streaming!

Projek dengan nama kod ‘Yeti’ ini dijangka akan boleh digunakan menerusi platform streaming Google Chromecast ataupun di-stream terus kepada konsol/perkakasan yang eksklusif kepada Google sendiri nanti!

Jika berjaya, Google akan mengorak langkah lebih besar ke dalam industri gaming selepas kejayaan Youtube Gaming untuk content berkaitan video gaming dan Google Play Games untuk platform mobile gaming.

Adakah Google akan menjadi satu kuasa besar dalam industri gaming setanding Sony dan Microsoft pula nanti? Sama-sama kita nantikan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.