Ubisoft mengumumkan game co-op shooter terbaru iaitu Project U. Pendaftaran untuk sesi percubaan akan datang sudah dibuka sekarang.
“Kod nama ‘Project U’ menerokai konsep baharu co-op shooter bermusim di mana para pemain bekerjasama untuk menentang pihak musuh!” Kata kenyataan rasmi pengumuman game itu.
Game ini masih berada di peringkat awal pembangunan dengan platform PC akan hadir dahulu untuk sesi percubaan tertutup yang akan berlangsung di Eropah Barat.

Walaupun Project U akan didatangkan dalam Bahasa Inggeris, Ubisoft menggalakkan para pemain di serata Eropah untuk sama-sama menyertai sesi percubaan tersebut. Ia turut akan berada di negara Perancis, German, United Kingdom, Ireland, Norway, Sweden, Finland, Denmark, Belanda, Belgium, Luxembourg, Austria, Switzerland, Portugal, Sepanyol dan Itali.
Ini bukan kali pertama Ubisoft mengumumkan projek baharu dengan sesi percubaan. Project Q yang akan datang juga adalah sebuah game arena pertempuran berpasukan yang bukannya battle royale.
Selain laman web pendaftaran, tidak banyak maklumat yang diketahui mengenai Project U. Walau bagaimanapun melihat kepada artwork Project U, ia menampilkan beberapa orang karakter yang pelbagai menentang musuh mekanikal yang banyak.
Can you be more specific about the content of your article? After reading it, I still have some doubts. Hope you can help me.