in , ,

Project: The Perceiver: Satu Lagi Game AAA Aksi Open-World Berdasarkan Sejarah China Diumumkan

Studio-studio dari China sememangnya semakin rancak membangunkan game-game bertaraf AAA berdasarkan sejarah dan mitos negara mereka.

Selepas Black Myth: Wukong dan Where Winds Meet, satu lagi game baru sahaja diumumkan iaitu Project: The Perceiver.

Dibangunkan oleh 17ZHE Studio yang berada di bawah Papergames, Project: The Perceiver digambarkan sebagai sebuah game aksi open-world. Daripada trailer yang memaparkan sinematik dan gameplay ini, kita dapat saksikan yang game ini memiliki aura seperti Ghost of Tsushima dan Sekiro.

Tiada tarikh pelancaran didedahkan buat masa ini. Project: The Perceiver akan dilancarkan untuk multi-platform, namun buat masa ini ia hanya diumumkan untuk PS5 dan PS4.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Battlefield Mobile Kini Boleh Dimainkan Oleh Pengguna Android Di Malaysia

God of War Ragnarok: Saksikan Gameplay Kratos Dengan Senjata Baharunya [SPOILER]