Selepas berbulan-bulan lamanya, akhirnya Microsoft mengumumkan konsol terbaru mereka – Xbox One X.

Dengan tarikh pelancaran pada 7 November ini, Xbox One X menampilkan spesifikasi paling berkuasa di dalam sejarah Microsoft. Spesifikasi ini membenarkan konsol tersebut memainkan senarai game Xbox terkini dengan masa loading yang lebih laju, anisotropic filtring yang lebih baik, dan supersampling yang akan menjadikan game masakini kelihatan lebih cantik di skrin televisyen 1080p masakini.

Beberapa ciri lain turut diumumkan bagi konsol tersebut seperti HDR, Dolby Atmos dan sokongan 4K UHD Blu-Ray. Paling mantap, Xbox One X adalah konsol yang lebih kecil berbanding Xbox One S.

Harga Xbox One X juga telah diumumkan, iaitu USD499 (~RM2128)

JomKomen!