in , , , ,

Program Adventures: Korang Pemain E-Sports, YouTuber, Twitch Streamer? Join Program Ini Dan Dapatkan Penaja!

Kini jurang antara pemain E-Sports, YouTuber dan Twitch-streamer dengan penaja dapat didekatkan dengan program Adventures dari Fundeavour ini!

adventures

Adakah anda seorang professional gamer yang sukar untuk menyertai pertandingan-pertandingan E-Sports yang besar kerana sukar mencari penaja? Ataupun adakah anda seorang yang gemar mengeluarkan content di Internet terutamanya di YouTube dan Twitch, namun kekangan pendapatan membantutkan minat anda ini?

Kini, apa yang anda perlu lakukan adalah menyertai program Adventures! Sebuah program yang diusahakan oleh Fundeavour untuk membantu serta menghubungkan pemain E-Sports, YouTube content creator, mahupun streamers dengan para penaja dan brand-brand ternama di luar sana.

Adventures, yang baru sahaja diumumkan adalah program yang sangat cool dan awesome, di mana ia membantu para peserta dengan tips dan teknik untuk menjadi seorang competitive gamer atau penghibur di alam maya. Apa yang lebih penting, Adventures akan membantu peserta dari segala aspek, mengajarkan apakah “pakej” yang terbaik untuk menjadi gamer yang ditaja oleh syarikat-syarikat di luar sana!

Quests Adventures Fundeavour
Ada Adventure Quests untuk content creator, atlit esport, gamer tajaan dan anggota komuniti gaming khususnya!

Bagaimana program ini berjalan? Pastinya ia bertemakan seperti sebuah game. Setiap Quests yang anda habiskan dalam Adventures ini, anda akan mendapat XP. Tunjukkan pengetahuan baru yang anda dapat dengan mengumpulkan seberapa banyak XP yang boleh – dan 10 gamers yang memperoleh XP paling tinggi akan diletakkan di muka hadapan page Fundeavour!

The Entertainer Setting the Stage Fundeavour
Contoh Quests yang ada di Fundeavour.com bagi content creator di YouTube, Twitch dan sebagainya.

Apa signifikannya diletakkan di muka hadapan? Semestinya, ia akan lebih mudah untuk anda mendapat perhatian daripada para penaja di luar sana! Mereka (penaja) akan sentiasa melihat muka hadapan page tersebut untuk mencari competitive gamer atau penghibur yang layak untuk ditaja oleh syarikat mereka.

Berminat? Anda boleh sertai program Adventures ini dan layari laman web mereka di sini. Ataupun, masih lagi ingin mendapat maklumat mengenainya, anda boleh baca FAQ program ini di sini.

Semoga berjaya, gamers!

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Invisible Inc.: Jadi Agen Macam Cerita Mission Impossible!

Star Ocean 5: Video Battle Trailer & Video Introduction Victor Dan Fiore Versi Bahasa Inggeris!