in

Produk Gaming IKEA Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 11 November

Setelah mengumumkan kerjasama bersama ASUS Republic of Gamers (ROG), serta berkongsikan beberapa gambar, kini IKEA Malaysia telah mengumumkan tarikh pelancaran produk gaming mereka untuk pasaran tempatan.

Produk-produk gaming keluaran IKEA akan mula masuk ke pasaran Malaysia dan dijual di kesemua IKEA Malaysia pada 11 November 2021.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, IKEA berkata barisan produk gaming yang ditawarkan antaranya ialah meja, kerusi, unit simpanan, pemegang cawan, bantal leher, lampu gelung, mouse bungee dan banyak lagi — sesuai untuk gamer kasual atau gamer profesional.

Walau bagaimanapun, IKEA Malaysia masih belum mendedahkan harga untuk setiap produk gaming ini, yang mana mereka berkata ia akan didedahkan menjelang tarikh pelancaran kelak.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

First Class Trouble: Game Macam Among Us, Dilancarkan Dalam PlayStation Plus November Ini

Game Percuma PlayStation Plus November 2021 – Knockout City, First Class Trouble, Kingdoms of Amalur: Re-Reckoning, The Sexy Brutale