Tiada jodoh.
Korang kenal dengan Douglas ‘FaZe Censor’ Martin, iaitu gamer profesional dalam arena Call of Duty? Korang kenal juga dengan Yanet Garcia, wartawan sensasi yang dikenali ramai sebagai “Gadis Cuaca Paling Seksi Di Dunia”?
Ya, hubungan cinta mereka berdua baru sahaja terlerai selepas Censor ingin berpisah dengan Yanet. Punca mereka berpisah? Censor ingin fokus kepada Call of Duty. Ma boi.
Menurut laporan LAD Bible, gamer berusia 23 tahun itu mengumumkan yang beliau berpisah dengan Yanet, 26, kerana ingin melakukan “apa yang betul” untuk dirinya, sambil mengatakan yang Yanet adalah seorang wanita yang “cantik”, “hebat” dan “bijak”.
Censor berkata:
“Suatu ketika dulu ia lebih mudah untuk saya keluar dan bertemu dengan dia. Tetapi sekarang saya ada kewajipan.”
“Saya berada dalam kontrak. Saya ada kewajipan untuk ditunaikan. Ia bukan saya tak mahu melakukan ini, ini adalah karier yang saya mahukan.”
“Saya mahu menang dalam perlawanan, Saya mahu menang kejohanan dunia, apa yang saya mahukan dalam hidup saya sekarang adalah melengkapkan dalam Call of Duty kerana saya sangat sayangkannya.”
“Saya akan lakukan apa sahaja untuk menjadi seorang juara.”
Censor mengumumkan perpisahan ini melalui video yang beliau muat naik di akaun Youtube-nya, yang korang boleh tontonnya di bawah:
Yanet juga telah mengsahkan perkara ini dalam satu tweet yang beliau hanya tuliskan “heartbroken” sambil meletakkan emoji hati yang telah pecah dan emoji wajah kesedihan.
Heartbroken 💔😞
— Yanet García 🇲🇽 (@IamYanetGarcia) July 20, 2018
Comments
Loading…