Setelah beberapa laporan awal, Ubisoft akirnya telah mengumumkan secara rasmi Prince of Persia: The Sands of Time Remake dalam acara digital Ubisoft Forward awal pagi tadi.
Diperkenalkan melalui satu trailer, mereka mendedahkan yang game ini akan dilancarkan untuk PC, PS4 dan Xbox One pada 21 Januari 2021. Dan seperti kebanyakan game lain, Prince of Persia: The Sands of Time Remake akan turut boleh dimainkan di PS5 dan Xbox Series X melalui fungsi backwards compatibility.
Korang boleh saksikan trailernya di bawah:
Reaksi pertama kebanyakan peminat nampaknya agak negatif. Mereka merasakan yang grafik yang ditampilkan dalam game ini boleh dikatakan kurang memberangsangkan. Ia seolah-olah seperti sebuah remastered sahaja, bukan sebuah remake.
Apa pula pandangan korang?
Comments
Loading…