in ,

Prince of Persia Remake Dilaporkan Akan Diumumkan Semasa Ubisoft Forward

Khabar angin tentang pembikinan game Prince of Persia Remake sudah berlegar sejak sekian lama, namun tiada sumber yang benar-benar boleh kita percaya — sehinggalah muncul laporan terkini ini.

Wartawan terkemuka Bloomberg, Jason Schreier telah berkata bahawa beberapa ura-ura tentang pembikinan semula game Prince of Persia oleh Ubisoft adalah sahih. Malah, beliau mengatakan bahawa game tersebut akan diumumkan semasa Ubisoft Forward seterusnya, yang mana ia akan berlangsung pada 11 September 2020, 3 pagi (waktu Malaysia).

Laporan ini kelihatan seakan selari dengan apa yang diumumkan oleh Ubisoft iaitu akan ada game baharu yang akan didedahkan semasa acara digital Ubisoft Forward tersebut.

Schreier mendedahkan perkara ini ketika bercakap dalam podcast Triple Click. Korang boleh dengarkannya di sekitar minit ke-27.

Menurut khabar angin sebelum ini, game Prince of Persia yang sedang di-remake oleh Ubisoft ialah Prince of Persia: The Sands of Time yang pernah dikeluarkan untuk PC, PS2 dan Xbox pada tahun 2003.

Seperti biasa, laporan ini masih dalam status khabar angin. Maka, jangan terlalu berharap selagi ia belum diumumkan secara rasmi oleh Ubisoft sendiri.

Terima kasih, WccfTech.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
No Straight Roads: Boleh Beli or Boleh Blah!?

No Straight Roads Berjaya Menjana Keuntungan Dalam Masa Sehari Pelancaran

Semua 9 Unsur Dan Budaya Malaysia Yang Dibawa Masuk Dalam No Straight Roads

Semua 10 Unsur Dan Budaya Malaysia Yang Dibawa Masuk Dalam No Straight Roads