in

Prey Tidak Akan Mengalami Masalah Yang Sama Seperti Dishonored 2 Di PC

Sejarah mungkin tidak akan berulang.

Dalam temubual bersama Game Informer baru-baru ini, Raphael Colantonio dari Arkane Studio telah menyatakan bahawa Arkane Studios telah belajar dari kesilapan dan masalah-masalah teknikal yang dihadapi oleh Dishonored 2 ketika awal pelancaran tempohari.

Dalam podcast terbabit, Colantonio turut menyatakan bahawa fokus yang lebih bakal diberikan untuk versi PC bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini ini berulang sekali lagi.

Apabila disoal mengenai Prey, Colantonio menyatakan ia boleh dikatakan sebagai sebuah action RPG dengan penceritaan yang mendalam. Pemain juga akan dibekalkan pelbagai senjata dan kebolehan untuk menyelesaikan puzzle yang bakal disediakan.

Written by Azhar Yusof

Seorang PC enthusiast. Indie game lover.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Jom Dotarians Sekalian! Viewing Party ESL One Genting Akan Diadakan Di Berjaya Times Square!

Laptop Gaming Acer, Predator 21 X Didatangkan Dengan SLI GTX 1080