Awal minggu ini, kita telah didedahkan buat kali pertamanya secara rasmi kepada logo PlayStation 5. Ada yang menyambut pendedahan ini dengan keterujaan, dan ada juga yang tidak senang dengannya.
Ketidakpuasan sesetengah peminat PlayStation ini menyuarakan logo PS5 yang seakan sama dengan logo PS3 dan PS4. Dalam kata lain, mereka cuba menyatakan bahawa Sony tidak inovatif dalam membawakan satu logo yang baru untuk konsol generasi seterusnya itu.
Ketika bercakap kepada Business Insider Jepun (via Gematsu), Presiden dan CEO Sony Interactive Entertainment, Jim Ryan telah menjawab kritikan ini. Ini kata beliau:
“Ia adalah penting untuk memberikan satu perasaan konsisten terhadap produk dalam jenama PlayStation. Ia sesuatu yang harus kepada sesiapa yang melihat [logo itu] untuk memikirkan dengan cepat dan positif, “itu adalah PlayStation”.
Ada lebih daripada 100 juta pemilik PlayStation 4 — terdapat satu komuniti di situ. Kami mempunyai tanggungjawab untuk terus mengekalkan mereka gembira, tertarik dan terserap [ke dalam PlayStation]”.
Secara peribadi, penulis bersetuju dengan keputusan Sony untuk tidak memberikan sebarang perubahan kepada logo itu. Apa yang lebih penting adalah kehadiran pelbagai penambahbaikan kepada software dan hardware yang bakal disajikan dalam PS5 itu kelak, bukan logo semata-mata.
Apa pula pandangan korang? Suka dengan logo PS5 ini?
PS5 akan dilancarkan pada penghujung tahun ini.
Comments
Loading…