Macam mana dengan sukan-sukan tradisional dalam Olimpik yang berunsurkan keganasan seperti gusti (wrestling), fencing (pedang), tinju (boxing) dan disiplin seni mempertahankan diri yang lain?
Melihat kejayaan esports di Sukan Asia 2018 Jakarta Palembang baru-baru ini, topik perbincangan penglibatan acara esports dalam Olimpik kembali hangat.
Thomas Bach, Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) berkata, “Kita tidak boleh memasukkan sebarang game yang menggalakkan keganasan dan diskriminasi ke dalam Olimpik. Game-game ini, pada pandangan kami, adalah bertentangan dengan nilai-nilai murni Olimpik, oleh itu mereka tidak boleh diterima.”
Kenyataan Thomas Bach ini dilihat menjurus kepada penglibatan game-game shooter popular seperti CounterStrike: Global Offensive dan Call of Duty, dan juga game-game fighting yang melibatkan karakter-karakter wanita dipukul seperti Street Fighter dan Tekken.
Tambah beliau lagi, “Jika kita memasukkan egame yang melibatkan ‘pembunuhan’ seseorang, ini semestinya bertentangan dengan nilai Olimpik itu sendiri.”
Bagaimanapun, kitorang melihat alasan ini agak tdak masuk akal, lebih-lebih lagi ada banyak acara-acara Olimpik yang bermula dari keganasan yang akhirnya dipertandingkan secara saksama dan berdisiplin.
Acara demonstrasi esports di Sukan Asia 2018 dilihat sebagai pemacu gerakan penglibatan esports sebagai sukan pingat di acara-acara Sukan Asia dan Olimpik di masa hadapan.
Esports Takkan Dijadikan Acara Pingat Di Sukan Asia 2022

Walaupun esports telah dimasukkan ke dalam acara demonstrasi di Sukan Asia 2018 dengan kejayaan penganjuran acara Arena of Valor, Clash Royale, Hearthstone, League of Legends, Pro Evolution Soccer dan Starcraft II – ini masih tidak menjamin kemasukan esports sebagai sukan rasmi ke Sukan Asia 2022 dan Olimpik!
Jawatankuasa Olimpik Asia (OCA) telah mengumumkan penglibatan esports sebagai acara pingat di Sukan Asia 2022 telah ditangguhkan! Sebabnya – menurut Pengarah OCA, Husain Al-Musallam, “masih tiada badan berkuasa untuk menjadikan esports sebagai aktiviti sukan ‘sah’.”
Kepelbagaian game-game esports itu sendiri merupakan suatu masalah yang sukar diselesaikan. Bagaimana mentadbir pelbagai game yang setiap satu daripadanya boleh dihentikan sokongan oleh developernya pada bila-bila masa?
Buat masa ini, pelbagai pertubuhan dan organisasi telah ditubuhkan, namun masing-masing dengan sokongan developer dan pasukan masing-masing – masih terlalu kecil untuk mentadbir keseluruhan industri dan mengesahkan kemasukan esports ke Sukan Asia dan Olimpik nanti.
Kitorang di JomGaming berpendapat esports tidak memerlukan Olimpik untuk terus meriah dan mekar. Sebaliknya, satu acara lain bertaraf Olimpik (E-limpik) lebih sesuai dengan kepelbagaian dan sifat esports itu sendiri yang mampu berdikari dengan developer, komuniti dan peraturan masing-masing.
Comments
Loading…