in , , ,

Presiden CD Projekt Red Yakin Cyberpunk 2077 Akan Jadi Game ‘Baik’, Terus Terjual Selama Bertahun

Menjelang ulang tahun pertama Cyberpunk 2077, kita semua sudah tahu apa yang telah terjadi kepada game RPG itu sepanjang setahun ini.

Meletakkan kepercayaan yang tinggi, trailer-trailer mengagumkan serta promosi yang amat baik, harapan para pemain telah dikecewakan dengan pelancaran yang amat teruk.

Walau bagaimanapun, Presiden CD Projekt, Adam Kiciński tetap optimis dalam terus menyokong game open-world tersebut. Ketika bercakap kepada akhbar Rzeczpospolita dari Poland (via VGC), beliau telah menyatakan bagaimana beliau akan terus yakin dengan Cyberpunk 2077 akan mampu bangkit daripada segala isu yang dihadapi.

“Cyberpunk 2077 merupakan projek kami yang paling besar, paling bercita-cita tinggi dan tentunya paling rumit dalam sejarah 27 tahun kami,” ujar Kiciński.

“Dari hampir semua aspek, kami telah cuba mengambil satu langkah ke hadapan, sama seperti apa yang kami lakukan terhadap semua game Witcher yang telah dilancarkan.

“Melancarkan sebuah game dalam satu francais baharu bawa banyak cabaran dan risiko, terutamanya apabila konsepnya terlalu kompleks. Kami menghidupkan sebuah bandar futuristik yang besar, bertenaga dipanggil Night City, di mana setiap jalan cerita karakternya terjadi tidak mengikut turutan.

“Kami bangga dengan banyak aspek game itu, tapi seperti kita tahu, bukan semua seperti yang kita kehendaki. Namun, kesedaran jenama Cyberpunk yang telah kami berjaya bina adalah sangat besar, dan dunia game itu, karakter-karakternya dan butiran-butirannya mempunyai peminat di seluruh dunia.

“Kami yakin dalam jangka masa panjang Cyberpunk 2077 akan dianggap sebagai sebuah game yang baik, dan juga seperti game-game kami lain, ia akan terjual selama bertahun — khususnya apabila hardware bertambah berkuasa dari semasa ke semasa dan kami akan tambahbaik game itu.

“Kami sedang usahakan kemaskini-kemaskini sepanjang masa, dan kami juga sedang membikin versi untuk konsol-konsol generasi terkini. Sudah tentu, pelancaran asal telah banyak mengajar kami. Ia memberi kami tamparan dan memotivasikan kami untuk melakukan perubahan yang akan menjadikan kami lebih baik pada masa hadapan.”

Untuk versi sebenar konsol generasi terkini (PS5, Xbox Series), CDPR menyasarkan pelancaran Cyberpunk 2077 pada suku pertama 2022, manakala The Witcher 3: Wild Hunt pula disasarkan pada suku kedua 2022.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Gameplay Pertama UFL Akan Diperlihatkan Pada Januari 2022

Sony Mungkin Akan Memperkenal Controller PlayStation Khas Untuk Mobile, Paten Ditemui