Semua berebut-rebut nak beli gaming chair. Acer kejutkan dunia dengan gaming cockpit! Nah, ini adalah tanda aras gamer sejati!
Sebelum ini, Acer ada mengumumkan gaming chair mereka, Predator Gaming Chair yang kelihatan seperti gaming chair lain.

Bagaimanapun, gaming chair terbaru mereka yang diumumkan di Berlin, Jerman baru-baru ini benar-benar buat kitorang WOW.

Memperkenalkan, Predator Thronos. Gaming chair yang selayaknya dinamakan gaming cockpit!
Struktur besi Predator Thronos yang setinggi 1.5 meter menampilkan rekaan sistem rangka yang mampu menampung berat 3 monitor gaming Predator 27 inci serta memuatkan PC gaming Predator!
Di samping it, kerusinya yang boleh dilaras disertakan dengan tempat letak kaki dan sistem rangka – kesemuanya boleh disandarkan sehingga 140 darjah!
Bukan itu sahaja, kerusinya juga dilengkapi sistem gegaran yang diselaraskan dengan bunyian dan hentakan dalam game – jadi korang boleh merasai setiap kesan in-game! Dah macam Motion Master 4D kat Taman Tema Genting dah ni!
Buat masa ini, harga Predator Thronos ini belum diumumkan lagi. Kita tunggu aje Acer bawak masuk Malaysia.
Comments
Loading…