in ,

Pra-Tempah The Last of Us 2 Tak Terjejas Walaupun Jalan Cerita Dah Tertiris, Kata Sony

Kita semua sudah mengetahui bahawa jalan cerita utama The Last of Us Part II telah tertiris. Ada yang sudah membacanya, ada yang belum.

Kebanyakan yang sudah membacanya meluahkan rasa tidak puas hati terhadap plotnya, sehingga Sony melakukan pelbagai cara untuk membendung spoiler.

Di sebalik apa yang berlaku itu, pihak Sony mengatakan yang bilangan pra-tempah game keluaran Naughty Dog itu tidak terjejas atau dalam kata lain masih lagi menunjukkan tanda-tanda jualan yang kukuh.

Perkara ini didedahkan oleh CEO Sony Interactive Entertainment, Jim Ryan ketika bercakap kepada CNET.

Malah, Ryan mendedahkan, untuk jualan pra-tempah di Eropah, The Last of Us Part II telah mengatasi jualan yang pernah dicatatkan oleh Marvel’s Spider-Man dalam tempoh waktu perbandingan yang sama sebelum pelancaran. Berapa angkanya, walau bagaimanapun, beliau tidak dedahkan secara spesifik.

Pada tahun 2018, Marvel’s Spider-Man telah dinobatkan sebagai game eksklusif PS4 paling pantas terjual dalam sejarah. The Last of Us Part II bakal memecahkan rekod ini?

The Last of Us Part II akan dilancarkan pada 19 Jun ini, eksklusif untuk PS4.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Minecraft Menjadi Game Pertama Dalam Sejarah Mencecah Jualan 200 Juta Unit, GTA V Pula 130 Juta Unit

Minecraft Menjadi Game Pertama Dalam Sejarah Mencecah Jualan 200 Juta Unit, GTA V Pula 130 Juta Unit

Rasmi: Acara Pertama PS5 Akan Diadakan Minggu Depan, Berlangsung Selama Lebih 1 Jam

Sony Tangguhkan Acara Pendedahan PS5 Untuk Beri Ruang Kepada Protes Di Amerika Syarikat