in ,

Pra-Tempah PS5 Mungkin Mengehadkan Kepada Satu Unit Sahaja Untuk Seorang Pembeli

Ya, kita masih belum mengetahui bilakah tarikh tepat pelancaran dan harga pasarannya, namun satu laporan baharu berkaitan pra-tempah PlayStation 5 telah muncul.

Satu mesej error telah ditemui dalam kod sumber laman rasmi PlayStation yang memberikan gambaran bahawa kemungkinan Sony akan mengehadkan pra-tempah PS5 kepada satu unit sahaja untuk seorang pembeli. Kod ini ditemui oleh seorang pengguna ResetEra (via Push Square) yang telah menggali JavaScript di laman web tersebut.

Mesej yang ditemui itu ialah “You can only purchase one version of the PS5 Console: Disc or Digital. You have already added one PS5 console to your cart.”

Mesej ini kemungkinan besar kelihatan apabila pembeli telah memasukkan satu unit PS5 ke dalam bakul, kemudian ingin menambah satu lagi unit, sistem itu tidak membenarkannya.

Walau bagaimanapun, kita belum dapat pastikan sama ada laporan ini adalah sahih ataupun tidak. Anggap saja ia masih lagi khabar angin selagi belum diumumkan secara rasmi oleh Sony.

Sekiranya mesej error ini adalah benar, ini mungkin adalah satu cara Sony untuk mengawal pra-tempah PS5 yang dalam situasi pandemik global pada ketika ini tidak mengeluarkan produksi konsol itu yang mencukupi. Selain itu, ini mungkin juga adalah langkah pencegahan bagi menghalang seorang pemain yang membeli lebih daripada satu unit, kemudian menjualnya semula dengan harga yang jauh lebih tinggi.

PS5 akan dilancarkan pada hujung tahun ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Ready Player Two, Novel Sekuel Kepada Ready Player One Akan Diterbitkan Pada November

Ready Player Two, Novel Sekuel Kepada Ready Player One Akan Diterbitkan Pada November

Yarntown: Apabila Bloodborne Bertemu Dengan Zelda Yang Klasik

Yarntown: Apabila Gameplay Bloodborne Bertemu Dengan Grafik Zelda Yang Comel