in ,

Pra-Tempah PS5 Di Gamers Hideout Wajibkan Beberapa Bundle Sehingga Cecah RM3,248

Bermula 12 tengah malam tadi, pra-tempah PS5 untuk pasaran Malaysia secara rasminya dibuka di 27 buah kedai game tempatan yang disahkan oleh Sony.

Salah satu kedai game tempatan terkemuka, Gamers Hideout (GH) turut tidak ketinggalan untuk membuka pra-tempah pada jam 12 tengah hari tadi. Walau bagaimanapun ia telah mendapat kecaman ramai apabila GH mewajibkan pembelian konsol PS5 dengan bundle yang menyertakan beberapa item dan aksesori lain yang tidak sepatutnya.

Ketika menulis artikel ini, JomGaming cuba untuk melihat sendiri apakah item yang disertakan dalam bundle ini, namun laman web GH telah menutup butang pra-tempah, kemungkinan telah menerima jumlah pra-tempah yang mencukupi.

Tetapi, JomGaming dapat bersembang dengan sahabat kami, Mohamad “Kamenrimau” Fadzli yang berjaya meneruskan pembelian sehingga checkout, namun membatalkan hasratnya itu di saat akhir kerana setelah berfikir dua kali — beliau merasakan bundle ‘GH Premium Protection Plan’ dan harga yang ditawarkan tidak masuk akal sama sekali.

Berikut ialah butiran pra-tempah PS5 di GH yang diberikan Kamenrimau kepada JomGaming:

  • 1 x konsol PS5 (Edisi Disk) — RM2,299
  • 1 x Pilihan Game PS5 seperti Miles Morales, Demon’s Souls, dll (1 Game PS5 saja) — RM299
  • 1 x Pilihan Mystery Game Pack, contohnya Mystery Action Game Pack (3 Game) — RM399
  • 1 x Dobe PS5 Accessories – Dobe PS5 DualSense Trigger Kit — RM49.90
  • 1 x Dobe PS5 Accessories – Dobe PS5 DualSense Silicon Case — RM49.90

Jumlah di atas ialah RM3,098.60.

Harus diingat, harga di atas belum lagi termasuk kos penghantaran. Disebabkan pandemik, GH tidak membenarkan pengambilan walk-in di kedai, sebaliknya turut mewajibkan penghantaran melalui pos.

Menurut Kamenrimau, ada dua pilihan kos penghantaran, sama ada RM20 atau RM150. Andai kata kita mengambil kos penghantaran yang lebih baik, RM3,098.60 + RM150 = RM,3248.60 — boleh dikatakan hampir RM1,000 lebih mahal daripada harga asal PS5 sekiranya kita ingin membeli konsolnya sahaja.

Berikut ialah screenshot resit checkout yang beliau kongsikan kepada JomGaming, sebelum membatalkan hasratnya untuk membeli bundle PS5 ini di GH.

Dari satu sudut, kami memahami bagaimana dalam keadaan begitu sukar pada tahun ini, kedai game tempatan termasuklah GH cukup sukar untuk terus kekal dengan jumlah jualan yang baik, sehingga termasuk mengadakan bundle wajib seperti ini.

Namun, mereka harus memikirkan dari sudut pandang pemain/pembeli juga. Kami ingin mendapatkan konsol gaming terkini di pasaran untuk terus duduk dan berhibur di rumah, dengan harga berpatutan serta tanpa sebarang bundle yang mengarut.

PS5 akan dilancarkan di pasaran Malaysia pada 11 Disember ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Microsoft Arahkan Pemain Hentikan Hembus Asap Vape Ke Dalam Xbox Series X

Butcher: Boleh Beli or Boleh Blah!?