in , ,

Pra-Pendaftaran Civilization: Reign of Power Kini Dibuka Untuk Android, iOS

Pra-pendafataran untuk game mobile akan datang, Civilization: Reign of Power kini dibuka untuk para pengguna Malaysia.

Korang dah boleh melakukannya di App Store, Google Play dan Galaxy Store.

Civilization: Reign of Power merupakan game mobile strategi MMOSLG berdasarkan francais game strategi yang cukup popular iaitu Sid Meier’s Civilization.

Reign of Power akan membawakan tiga Victory Conditions dari francais Civilization iaitu Domination, Science, dan Culture. Ia akan menampilkan pertempuran PvP berskala besar dengan 14 tamadun yang boleh dipilih dari seluruh dunia.

Tiada trailer dikongsikan buat masa ini, selain hanya beberapa screenshot dari game sahaja. Tarikh pelancaran juga masih belum diumumkan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Project U: Game Co-Op Shooter Terbaru Diumumkan Ubisoft

Tencent Dilaporkan Ingin Lebih Agresif Mengambil-Alih Lebih Banyak Syarikat Game