Pra-Daftar Untuk Mobius Final Fantasy Dan Dapatkan Pelbagai Item Percuma!

0
462

Jom dapatkan Yuna, heroine cun Final Fantasy X! Pra-pendaftaran ini hanya dibuka buat masa yang terhad! Jangan tunggu lama-lama!

Mobius-Final-Fantasy-Logo

Seperti yang diumumkan oleh JomGaming sebelum ini, Mobius Final Fantasy bakal tiba ke pasaran antarabangsa tidak lama lagi. Apa yang lebih menarik, Square Enix telah membuka pra-pendaftaran bagi game mobile ini melalui laman web rasmi mereka dan memberi peluang kepada peminat untuk mendapatkan pelbagai item dan watak Yuna dari Final Fantasy X!

Mobius-Final-Fantasy-007
Screenshot dari Mobius Final Fantasy versi Jepun.

Mobius Final Fantasy adalah game bergenre tactical-turn-based-RPG untuk iOS dan Android. Dalam game ini, korang akan bermain sebagai Wol di dunia Paramitia. Untuk mengaktifkan attack, korang perlu sentuh musuh korang di skrin telefon. Semasa battle, korang perlu mengumpul Element yang perlu digunakan untuk mengaktifkan sesuatu AbilityAbility adalah versi summon monster di dalam game ini.

Mobius-Final-Fantasy-006

Selain single-player mode, Mobius Final Fantasy turut mempunyai option untuk multiplayer di mana seramai 4 pemain boleh bermain sekali untuk mengalahkan boss!

Mobius Final Fantasy bakal dipasarkan ke Android dan iOS pada 3 Ogos 2016.

JomKomen!