in , ,

Poster Terbaru Filem Uncharted Mempunyai Aura Mirip Uncharted 3, 4

Dua tiga hari ini tentunya penuh dengan perbualan tentang Tom Holland. Namun, kali ini ia bukan mengenai Spider-Man: No Way Home, sebaliknya perkembangan terbaharu filem Uncharted.

Menjelang dua bulan sebelum tayangannya, Sony Pictures telah berkongsikan poster baharu untuk filem adaptasi dari video game yang dibangunkan Naughty Dog itu.

Poster kali ini memperlihatkan Tom Holland (Nathan Drake) dan Mark Wahlberg (Sully) dengan aura dari beberapa game Uncharted. Kita dapat melihat pakaian Drake seperti apa yang digayakan watak itu dalam Uncharted 3: Drake’s Deception; manakala latar belakang poster ini yang kelihatan kapal lama usang mengingatkan kita kepada plot lanun dalam Uncharted 4: A Thief’s End.

Tonton trailer pertama filem ini di sini.

Filem Uncharted diarahkan oleh Ruben Fleischer. Antara arahan yang mengangkat nama Fleischer ialah filem Zombieland dan Venom.

Melalui kerjasama bersama Sony Pictures Entertainment, PlayStation Productions, dan Naughty Dog, filem ini dibintangi Tom Holland sebagai Nathan Drake yang muda dan Mark Wahlberg sebagai Sully, selain turut menampilkan Antonio Banderas, Sophia Ali dan Tati Gabrielle.

Filem Uncharted akan ditayangkan di pawagam pada 18 Februari 2022. Selepas tamat tayangan di pawagam, ia akan masuk ke Netflix, melalui satu perjanjian yang telah ditandatangani.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ubisoft Akhirnya Umum Game Splinter Cell Baru Sedang Dibangunkan, Masih Fasa Awal Pembikinan

Fortnite Bawakan Tom Holland, Zendaya Dari Spider-Man: No Way Home