Dah tiada idea lain ke?

What Still Remains merupakan sebuah filem di Netflix yang mula di-stream di platform tersebut sejak Ogos 2018. Apa yang membuatkan filem ini menjadi bualan hangat sekarang ialah apabila poster filem ini kelihatan serupa seperti poster game keluaran Naughty Dog, The Last of Us.

Korang boleh bandingkannya di bawah:

Persamaan dua poster ini ditemui oleh seorang pengguna Twitter, Rob Trench. Ia menjadi viral dan mendapat perhatian daripada pengarah The Last of Us sendiri, Neil Druckmann. Beliau sempat tweet dengan mengatakan, “Kejap… Betul ke ni?”, sambil meletakkan emoji ketawa.

Walau bagaimanapun, menurut DualShockers, poster What Still Remains ini tidak lagi digunakan sudah beberapa bulan dalam mana-mana media untuk pemasaran, sebaliknya telah digantikan dengan poster dengan rekaan yang berbeza. Kemungkinan, ada dari pihak filem ini yang sudah perasan tentang persamaan dengan poster The Last of Us dengan lebih awal dan dengan segera telah menggunakan rekaan yang baru.

Menguatkan lagi teori ini apabila beberapa komen beberapa bulan lalu di video trailer rasminya di Youtube telah menegur tentang persamaan dua poster tersebut.

JomKomen!